Dalam kebizian dan keserabutan ni, dapat juga minta tolong husband snapkan beberapa gambar bunga kapas- Ada yang berwarna merah, dan juga kuning. Sebelum menjadi bunga, kelihatan semacam kantung pada pokok berkenaan. Teragak-agak sahaja betul ke pokok kapas ni? Lepas ditenung-tenung dalam google and buat homework di main source (of course Kebun Bahagia Bersama- Diana), ha.. sah lah ! ni memang bunga kapas. Tak sabar nak tengok kapasnya. And more credit to Diana- KBB, ni benih yang diberikan secara percuma pada saya. Tq soooo much. Lama sungguh tak membeli di KBB (even though tiap2 hari mesti blog walking ke blog KBB- silent reader je, untuk mengubat rindu pada pokok2). Layan la gambar2 yang tak berapa jelas ni.
Wednesday, 30 December 2015
Friday, 18 December 2015
Bertahanlah wahai hati
Kali ni bukan posting pasal kebun atau sayur, lebih pada catatan perasaan saja. Sekarang cuti sekolah. Jiran-jiran, kawan-kawan semuanya mengira hari pergi bercuti dengan family. Naik flight, naik kereta, naik ferri.
Aku? janji saja yang tinggal dengan anak. sedihnya... tesis masih belum siap, masa semakin suntuk sebelum tahun baru..Nasib baik sungguh anak memahami. Suami pun sama. Allah dah bagikan bahagian terbaik untukku.
Inilah penangan Phd. Bukan sahaja setakat hasilkan tesis, bukan setakat berada di library, bukan setakat fielf work untuk collect data. Tapi dalam masa yang sama menarik semua masa yang kita ada dengan family, malah dengan diri sendiri.Makin hampir, semakin menjauh rasanya.
Bertahanlah wahai hati.
Aku? janji saja yang tinggal dengan anak. sedihnya... tesis masih belum siap, masa semakin suntuk sebelum tahun baru..Nasib baik sungguh anak memahami. Suami pun sama. Allah dah bagikan bahagian terbaik untukku.
Inilah penangan Phd. Bukan sahaja setakat hasilkan tesis, bukan setakat berada di library, bukan setakat fielf work untuk collect data. Tapi dalam masa yang sama menarik semua masa yang kita ada dengan family, malah dengan diri sendiri.Makin hampir, semakin menjauh rasanya.
Bertahanlah wahai hati.
Friday, 9 October 2015
Mencuri Masa Dalam Kebizian yang Melampau
Cili Purple New Zealand |
I bought u a present- nah, amik cili sebiji nih- tu je yang dibawa daripada New Zealand oleh supervisor- layan je.. Sekang dah tak termakan |
Hati masih pada brazillian spinach yang makin mendominasi kebun kecil kami |
Curly yang menawan |
Tuesday, 18 August 2015
Perkembangan Brazilian Spinach di Rumah Kami
Monday, 17 August 2015
Tuaian KKA: Sawi bak choi, komatsuna nanane dan daun kunyit
Bendi Arab
Besar betul bendi jenis ni.. sangat-sangat berbeza dengan bendi kampung yang ada sebelum ni..Ni masa masih kecil, lagi dua tiga hari dah boleh tuai.. Masalah yang saya hadapi adalah tak tahu bila waktu yang sesuai nak tuai. Banyak kali terlepas..bila nak tuai, dah tua.. jadinya dijadikan stok benih saja. SIL datang, terkejut dia..bila ditanya boleh masak apa..saya hanya garu kepala.."ntah, apa2 pun boleh kot"
Hati yang Meronta dengan Home-made Food
Monday, 10 August 2015
Wednesday, 5 August 2015
Red Spinach Malabar
Antara pokok yang menjadi kesayangan - dah dua kali dituai dan ditanam keratan batangnya. Keratan asal daripada pasar malam saja :D |
Thursday, 30 July 2015
Apa Jadi pada Tuaian KKA-Daun Bawang
Yang dapat dituai-fresh!! ( angkat bakul sendiri) |
yang dibuat sendiri- spring onion spread- sedap!! (pun angkat bakul sendiri- heheheh) |
Monday, 13 July 2015
Koleksi Puding (Udah Jatuh Cinta sih..!)
Daun hijau kuning |
Pokok puding tak pernah menjadi peberet aku pun sebelum ni. Rasanya pokok ni biasa-biasa sahaja. Banyak kat tepi jalan, rumah kampung mahupun kubur. Kakak ipar pernah kata rumah dia banyak tanam pokok ni dulu. Sekarang dah mati. Ntah, aku masih tak berminat pun nak tau lanjut pasal pokok. Apa istimewanya pun...
Tapi.... jeng-jeng-jeng. Jatuh cinta sudah. Bila kawan aku berikan keratan yang dibawa dari rumah maknya. Pada mulanya aku ambil sekadar nak menjaga hati kawan. Ye la, dah orang bagi, ambik je la dulu kan.. Balik rumah, masih tak excited mana pun.. biarkan dulu dalam baldi. Lepas dua tiga hari keratkan kepada tiga bahagian, cucuk dalam pasu. Itupun menumpang dengan pasu bungan kertas. Pastu, pandai-pandailah ko puding.. nak idup ke, atau nak jadi humus ke.. ikut lah.
Tapi lepas hampir seminggu, tunas mula keluar dari celah-celah batang. Eh, hidup pula ko ye.. hati ni terdetik. Kuat betul semangat pokok nih !. Sehari ke sehari, daunnya mula kelihatan. Haa.. masa tu la, terjatuh cinta ku pada di puding. Lain jenis pokok, lain pula daunnya. Cantik juga. Siap ke pasar borong, beli pasu yang bercorak2 lagi untuk di puding ni. Setiap jenis puding, satu pasunya. Kunun-kunun nak bagi dia selesa dengan ruang rumah sendiri. Hehehe.. kemudian, ntah macam mana mata ni asyik terpandang je jenis-jenis puding yang lain. Kat masjid lah, kat rumah jiran lah.. kalau ke nurseri, mulut ni mesti tersasul bertanya "puding ni harga berapa?"Adoi lah..
Rupanya banyak jenis dan pelbagai warna pulak daunnya ye.
Unik! itu yang menjadi penarik aku dengan pokok ni. Azam baru sekarang.. puding oh puding.. nak tanam pelbagai jenis di rumah ku (Dengarnya di kpg kakak ipar, sepokok puding yang sederhana boleh mencecah tiga puluh ringgit- memang kena lah, sebab pokok ni kan cantik.. heheheh)
Hijau berdaun tirus |
Bangun-bangun
Saturday, 11 July 2015
Cili-seronoknya bertanam cili
pokok cili- cilinya masih kecil |
dah tuai pun.. hehehe... manis rasanya ( ke kami je yang persasan sebab supre excited dengan taanaman sendiri?) |
Kunyit yang Sedang Belajar Membesar
Thursday, 2 July 2015
Monday, 22 June 2015
Apa Jadi Pada Tuaian KKA- Komatsuna Nanane
Tuaian 20 Jun 2015
Terung dan bendi- yang bendi tua tu dah selamat diberikan pada Dr Chong- harap tanam dan biakkan dengan baik ya |
Tuaian cili hijau- tak pedas langsung- tak tahu berapa besar boleh jadi. |
Sunday, 21 June 2015
Nugget Ayam Hampas Soya
Ni utk difrozenkan |
Siap digoreng untuk buka puasa |
Resepinya..
Mudah sahaja, lepas diadjust ikut beberapa resepi di google dengan apa yang ada dalam peti ais.. maka inilah hasilnya.
Bahan-bahan
1 cawan hampas soya
1 cawan minced meat
1 biji telur
1/3 cawan tepungjagung
1/3 cawan tepung gandum
garam- ikut rasa
black paper - ikut rasa
Campurkan semua dan bentukkann ikut bentuk nugget yang kita nak.
lepas tu boleh celupkan dalam bancuhan tepung.
Bahan bancuhan tepung
tepung beras dan tepung gandunm serta garam dibancuh agak2 cair. Kemudian celupkan nugget tadi dan goreng seperti biasa
Siap- Musti gembira, kan dapat makan nugget buatan sendiri :D.. hehehe
Tuesday, 16 June 2015
Tomato Pear
Subscribe to:
Posts (Atom)