Wednesday 30 December 2015

Bunga Kapas

Dalam kebizian dan keserabutan ni, dapat juga minta tolong husband snapkan beberapa gambar bunga kapas- Ada yang berwarna merah, dan juga kuning. Sebelum menjadi bunga, kelihatan semacam kantung pada pokok berkenaan. Teragak-agak sahaja betul ke pokok kapas ni? Lepas ditenung-tenung dalam google and buat homework di main source (of course Kebun Bahagia Bersama- Diana), ha.. sah lah ! ni memang bunga kapas. Tak sabar nak tengok kapasnya. And  more credit to Diana- KBB, ni benih yang diberikan secara percuma pada saya. Tq soooo much. Lama sungguh tak membeli di KBB (even though tiap2 hari mesti blog walking ke blog KBB- silent reader je, untuk mengubat rindu pada pokok2). Layan la gambar2 yang tak berapa jelas ni.



Friday 18 December 2015

Bertahanlah wahai hati

Kali ni bukan posting pasal kebun atau sayur, lebih pada catatan perasaan saja. Sekarang cuti sekolah. Jiran-jiran, kawan-kawan semuanya mengira hari pergi bercuti dengan family. Naik flight, naik kereta, naik ferri.

Aku? janji saja yang tinggal dengan anak. sedihnya... tesis masih belum siap, masa semakin suntuk sebelum tahun baru..Nasib baik sungguh anak memahami. Suami pun sama. Allah dah bagikan bahagian terbaik untukku.

Inilah penangan Phd. Bukan sahaja setakat hasilkan  tesis, bukan setakat berada di library, bukan setakat fielf work untuk collect data. Tapi dalam masa yang sama menarik semua masa yang kita ada dengan family, malah dengan diri sendiri.Makin hampir, semakin menjauh rasanya.

Bertahanlah wahai hati.