Tuesday 18 August 2015

Perkembangan Brazilian Spinach di Rumah Kami

Tadada-hadiah daripada Olive in the House- straight into our letter box

8/8 mula ditanam dalam tempat yang sepatutnya

12/8 dah mula tunjukkan daun-daun kecil

19/8 Ha... meriah kan

super duper green !! nyummy- THANK YOU SO MUCH OLIVE

Monday 17 August 2015

Tuaian KKA: Sawi bak choi, komatsuna nanane dan daun kunyit

Semua dicekau depan rumah- seronoknya Allah sahaja yang tahu. Si anak menjerit-jerit bila nampak cacing kecil- ada la sehalus jarum.. Bila tanya kenapa takut? Sebab cacing tak ada tangan and kaki. Erk, kalau ada tangan n kaki, ibu yang pengsan dulu. 


Bendi Arab

Besar betul bendi jenis ni.. sangat-sangat berbeza dengan bendi kampung yang ada sebelum ni..Ni masa masih kecil, lagi dua tiga hari dah boleh tuai.. Masalah yang saya hadapi adalah tak tahu bila waktu yang sesuai nak tuai. Banyak kali terlepas..bila nak tuai, dah tua.. jadinya dijadikan stok benih saja. SIL datang, terkejut dia..bila ditanya boleh masak apa..saya hanya garu kepala.."ntah, apa2 pun boleh kot"

Hati yang Meronta dengan Home-made Food

Air soya pandan

Nugget Chicken Soya Home-made

Jus bunga telang and jus bunga teh crissenthimum (teh ni beli dan boild sendiri)

Wednesday 5 August 2015