Daun hijau kuning |
Pokok puding tak pernah menjadi peberet aku pun sebelum ni. Rasanya pokok ni biasa-biasa sahaja. Banyak kat tepi jalan, rumah kampung mahupun kubur. Kakak ipar pernah kata rumah dia banyak tanam pokok ni dulu. Sekarang dah mati. Ntah, aku masih tak berminat pun nak tau lanjut pasal pokok. Apa istimewanya pun...
Tapi.... jeng-jeng-jeng. Jatuh cinta sudah. Bila kawan aku berikan keratan yang dibawa dari rumah maknya. Pada mulanya aku ambil sekadar nak menjaga hati kawan. Ye la, dah orang bagi, ambik je la dulu kan.. Balik rumah, masih tak excited mana pun.. biarkan dulu dalam baldi. Lepas dua tiga hari keratkan kepada tiga bahagian, cucuk dalam pasu. Itupun menumpang dengan pasu bungan kertas. Pastu, pandai-pandailah ko puding.. nak idup ke, atau nak jadi humus ke.. ikut lah.
Tapi lepas hampir seminggu, tunas mula keluar dari celah-celah batang. Eh, hidup pula ko ye.. hati ni terdetik. Kuat betul semangat pokok nih !. Sehari ke sehari, daunnya mula kelihatan. Haa.. masa tu la, terjatuh cinta ku pada di puding. Lain jenis pokok, lain pula daunnya. Cantik juga. Siap ke pasar borong, beli pasu yang bercorak2 lagi untuk di puding ni. Setiap jenis puding, satu pasunya. Kunun-kunun nak bagi dia selesa dengan ruang rumah sendiri. Hehehe.. kemudian, ntah macam mana mata ni asyik terpandang je jenis-jenis puding yang lain. Kat masjid lah, kat rumah jiran lah.. kalau ke nurseri, mulut ni mesti tersasul bertanya "puding ni harga berapa?"Adoi lah..
Rupanya banyak jenis dan pelbagai warna pulak daunnya ye.
Unik! itu yang menjadi penarik aku dengan pokok ni. Azam baru sekarang.. puding oh puding.. nak tanam pelbagai jenis di rumah ku (Dengarnya di kpg kakak ipar, sepokok puding yang sederhana boleh mencecah tiga puluh ringgit- memang kena lah, sebab pokok ni kan cantik.. heheheh)
Hijau berdaun tirus |
Banyak jugalah Big Boss punya pokok puding dah jadi arwah kemarau tahun lalu sebab tukang kebunnya tak ambil peduli. Tapi pokok puding ni memang tahan lasak senang nak jaga.
ReplyDeletecuma puding yang nak kena jaga betul puding belacan big boss ini kalau pokoknya arwah sure kena sound.