Thursday 30 July 2015

Apa Jadi pada Tuaian KKA-Daun Bawang

Yang dapat dituai-fresh!! ( angkat bakul sendiri)

yang dibuat sendiri- spring onion spread- sedap!! (pun angkat bakul sendiri- heheheh)

Monday 13 July 2015

Koleksi Puding (Udah Jatuh Cinta sih..!)

Daun hijau kuning





 Pokok puding tak pernah menjadi peberet aku pun sebelum ni. Rasanya pokok ni biasa-biasa sahaja. Banyak kat tepi jalan, rumah kampung mahupun kubur. Kakak ipar pernah kata rumah dia banyak tanam pokok ni dulu. Sekarang dah mati. Ntah, aku masih tak berminat pun nak tau lanjut pasal pokok. Apa istimewanya pun...

Tapi.... jeng-jeng-jeng. Jatuh cinta sudah. Bila kawan aku berikan keratan yang dibawa dari rumah maknya. Pada mulanya aku ambil sekadar nak menjaga hati kawan. Ye la, dah orang bagi, ambik je la dulu kan.. Balik rumah, masih tak excited mana pun.. biarkan dulu dalam baldi. Lepas dua tiga hari keratkan kepada tiga bahagian, cucuk dalam pasu. Itupun menumpang dengan pasu bungan kertas. Pastu, pandai-pandailah ko puding.. nak idup ke, atau nak jadi humus ke.. ikut lah.

Tapi lepas hampir seminggu, tunas mula keluar dari celah-celah batang. Eh, hidup pula ko ye.. hati ni terdetik. Kuat betul semangat pokok nih !. Sehari ke sehari, daunnya mula kelihatan. Haa.. masa tu la, terjatuh cinta ku pada di puding. Lain jenis pokok, lain pula daunnya. Cantik juga. Siap ke pasar borong, beli pasu yang bercorak2 lagi untuk di puding ni. Setiap jenis puding, satu pasunya. Kunun-kunun nak bagi dia selesa dengan ruang rumah sendiri. Hehehe.. kemudian, ntah macam mana mata ni asyik terpandang je jenis-jenis puding yang lain. Kat masjid lah, kat rumah jiran lah.. kalau ke nurseri, mulut ni mesti tersasul bertanya "puding ni harga berapa?"Adoi lah..

 Rupanya banyak jenis dan pelbagai warna pulak daunnya ye.

Unik! itu yang menjadi penarik aku dengan pokok ni. Azam baru sekarang.. puding oh puding.. nak tanam pelbagai jenis di rumah ku (Dengarnya di kpg kakak ipar, sepokok puding yang sederhana boleh mencecah tiga puluh ringgit- memang kena lah, sebab pokok ni kan cantik.. heheheh)





Hijau berdaun tirus

Bangun-bangun

Bangun-bangun. Sedap, kan namanya. Orang kata boleh minum airnya utk subsitute ubat batuk. Tapi tak pernah cuba. Yang pernah dicuba- Rebus daun ni and biarkan sampai berasap. Biarkan berbau satu rumah utk air purify. Baunya segar and memang rasa bersih. Cara untuk detoks udata- boleh cam tu? boleh... sebab ni natural remedy :D

Saturday 11 July 2015

Cili-seronoknya bertanam cili

pokok cili- cilinya masih kecil

dah tuai pun.. hehehe... manis rasanya ( ke kami je yang persasan sebab supre excited dengan taanaman sendiri?)

Kunyit yang Sedang Belajar Membesar

Kuniy ni sebenarnya dibeli oleh hubby utk buat ubat gatal-gatal. Tapi biasalah, kalau beli tu, mana leh beli dua posen sahaja kan. So, beli banyak, tapi guna sikit. Sudahnya, bagi tu ditanam .. Tapi, mak oii.. lama betul nak nunggu dia bertunas. Makan masa bulan2 juga lah.. Ni gambar masa dia sedang belajar membesar, sekarang dah besar pun.. rumahnya pun dah baru and ada ruang yang luas.

Thursday 2 July 2015

Bunga-bunga Ramadhan 2015

warna merah

merah pink

purple  pucat

kuning oren

putih

biru segar

pale purple pinky