Friday 18 December 2015

Bertahanlah wahai hati

Kali ni bukan posting pasal kebun atau sayur, lebih pada catatan perasaan saja. Sekarang cuti sekolah. Jiran-jiran, kawan-kawan semuanya mengira hari pergi bercuti dengan family. Naik flight, naik kereta, naik ferri.

Aku? janji saja yang tinggal dengan anak. sedihnya... tesis masih belum siap, masa semakin suntuk sebelum tahun baru..Nasib baik sungguh anak memahami. Suami pun sama. Allah dah bagikan bahagian terbaik untukku.

Inilah penangan Phd. Bukan sahaja setakat hasilkan  tesis, bukan setakat berada di library, bukan setakat fielf work untuk collect data. Tapi dalam masa yang sama menarik semua masa yang kita ada dengan family, malah dengan diri sendiri.Makin hampir, semakin menjauh rasanya.

Bertahanlah wahai hati.

No comments:

Post a Comment