Monday, 22 June 2015

Apa Jadi Pada Tuaian KKA- Komatsuna Nanane

Komatsuna Nanane- sawi jepun

Nasi Goreng campur Nanane

Nanane goreng kilas dan temu kunci

Apa Jadi PadaTuaian KKA- Cili hijau


Kentang goring bercili ! Puas !

Tuaian 20 Jun 2015

Terung dan bendi- yang bendi tua tu dah selamat diberikan pada Dr Chong- harap tanam dan biakkan dengan baik ya

Tuaian cili hijau- tak pedas langsung- tak tahu berapa besar boleh jadi.

Sunday, 21 June 2015

Nugget Ayam Hampas Soya

Ni utk difrozenkan

Siap digoreng untuk buka puasa

Resepinya..
Mudah sahaja, lepas diadjust ikut beberapa resepi di google dengan apa yang ada dalam peti ais.. maka inilah hasilnya.
Bahan-bahan
1 cawan hampas soya
1 cawan minced meat
1 biji telur
1/3 cawan tepungjagung
1/3 cawan tepung gandum
garam- ikut rasa
black paper - ikut rasa

Campurkan semua dan bentukkann ikut bentuk nugget yang kita nak.
lepas tu boleh celupkan dalam bancuhan tepung.

Bahan bancuhan tepung
tepung beras dan tepung gandunm serta garam dibancuh agak2 cair. Kemudian celupkan nugget tadi dan goreng seperti biasa

Siap- Musti gembira, kan dapat makan nugget buatan sendiri :D.. hehehe


Tuesday, 16 June 2015

Tomato Pear

Buah yang tak menjadi

nampak hijau di luar, tapi dalam ada ulat- huhuhu- sudahnya, pokok dicabut dan dimusnahkan.

Monday, 15 June 2015

Lady Fingers- Bendi yang Masih Wujud

Mula berbunga dan ada yang boleh dituai dah

Bunga kuning pucat penyeri laman

Sunday, 7 June 2015

Kesum

Kesum, che sum.. suatu masa dahulu.. Kini pupus setelah terkena tempias simen masa buat tiles di depan rumah. Masa banyak dahulu, sampai tak tahu nak buat apa, ke kedai laksa Ustaz Mursyidi la rezekinya. Tapi sekarang, memang 1000 kali sayang, dah pupus. Tapi semangat untuk membiakkannya masih membara !