Monday, 15 June 2015

Lady Fingers- Bendi yang Masih Wujud

Mula berbunga dan ada yang boleh dituai dah

Bunga kuning pucat penyeri laman

Sunday, 7 June 2015

Kesum

Kesum, che sum.. suatu masa dahulu.. Kini pupus setelah terkena tempias simen masa buat tiles di depan rumah. Masa banyak dahulu, sampai tak tahu nak buat apa, ke kedai laksa Ustaz Mursyidi la rezekinya. Tapi sekarang, memang 1000 kali sayang, dah pupus. Tapi semangat untuk membiakkannya masih membara !

Tuesday, 2 June 2015

Tuaian: Keladi Telur dan Kacang Renek

Keladi Telur dan Kacang Renek- dah try masak asam pedas batang keladi ni, tapi aduh mak..gatalnya lidah tak terkata- Kena belajar lagi cara nak buang miang keladi telur nih.

Pandai bawa diri

Hidup sendiri, tak banyak kerenah, pandai bawa diri...senang cerita, pokok ni mudah dijaga. Nama? masih mencari

Petola

Pokok Petola pun tak nak kalahnya. Habis dicangkuk pokok2 yang berhampiran. Jadinya, setiap petang terpaksa kami alih-alihkan agar dia belajar memanjat laluan yang memang dah dibina khas untuknya.

Kacang Botor Mula Memanjat

Di satu sudut yang sempit, kacang botor mula memanjat laluan yang dibina khas untuknya. Memang dah lama teringin nak tanam semula kacang botor selepas hampir sepuluh tahun lalu pokok yang ditanam mati.

Limau Kasturi Batik

Limau Kasturi Batik- Tangkapan dari Pesta Floria Putrajaya 2015. Sepokok RM10. Boleh la.. buat penghilang angau dengan tumbuhan sitrus. Hehehe